Saturday, February 5, 2011

hari yang memenatkan

 Salam,

Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad. Waa'la aali saiyidina Muhammad.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

'Barangsiapa yang kesukaran pada menunaikan hajat/cita-citanya maka hendaklah dia memperbanyakkan membaca selawat untukku kerana sesungguhnya selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.'




-------





Program saya hari ni berkait mengait dengan jodoh dan perkahwinan. ke bandar tenggara majlis perkahwinan makcik saya . Alhamdulillah.. jodoh dan pertemuan di tangan Dia. jangan dipersoalkan. pastinya ada hikmah disebaliknya.

Seterusnya program diteruskan dengan berjalan2 di bandar Kluang, bandar tempat saya bersekolah menengah dulu. banyak sungguh kenangan. bawa mak tengok2 sekolah menengah saya dulu, Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Kluang. Sepanjang 5 tahun kat situ dulu, mak tak berkesempatan menjejak kaki ke sekolah saya tu. Bila bercerita kisah2 lama terungkap kenangan2 dengan arwah abah. jasa arwah terlalu banyak. Allah sahaja yang dapat membalasnya. sob3.. miss him so much..

Acara seterusnya bershoping persiapan pertunangan adik2. Mereka jalan dulu. saya? belum ada jawapan. Kepada Allah saya bertawakal. Hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment