Monday, February 7, 2011

kembali ke KL selepas lama bercuti.. huhu

Ayat seribu dinar; yang bermaksud:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkanlaranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

~bertawakkalah padaNya. moga dikurniakan penyelesaian kepada setiap kesusahan~

-------------------------------------


Setelah seminggu bercuti di kampung, tiba masa memulakan semula tugas2 di pejabat. Walaupun berat hati, tapi tanggungjawab dan tugas2 yang menjadi punca rezeki kita kenalah diteruskan.

Normal lah balik dari cuti panjang jalan akan jem teruk. Saya pun terkena sekali. Tapi tu dah dijangkakan. tenang2 saja patutnya. Laluan pun terpaksa diubah sebab jalan biasa masih belum boleh dilalui akibat kesan banjir. Terpaksa ikut jalan yang jauh sikit. Jauh + jem.. huhu..
Bercakap tentang banjir, dah berapa hari tapi banjir di Johor & Pahang dengarnya masih lagi teruk. Semoga yang terlibat tabahlah menghadapi dugaan ni. Kesabaran pasti ada ganjaran. Saya pun kena banyak2 belajar bersabar dalam banyakkkkkkk perkara. huhu

Tugasan di pejabat banyak macam biasa. Sampai bila-bila pun takkan habis. Tapi Alhamdulillah, bos masih memberi kepercayaan untuk terus kerja kat situ,jadi jalankan sajelah tugas seperti yang sepatutnya. Kawan2 pejabat yang lain baru balik dari ofis trip ke Phuket. Seronok benar dengarnya. Nasib baik saya tak join. Mabuk laut. haha.

Hari isnin hari yang ditunggu kat area rumah saya ni. Ada pasar malam yang meriah gitu. (mane ade pasar malam yang sunyi sepi ek?) Paling best ada banyak kedai2 tudung yang jual banyak tudung2 yang cantik.. kelas gituu ala2 butik. Bila la saya nak insaf dari bershoping tak habis2 ni.. hua3..
esok sambung lg.. InsyaALLAH

No comments:

Post a Comment